Tumpuan :
Nasional

Kuala Lumpur, Manama bakal teroka bidang kerjasama baharu

Foto PMO

Oleh: Mior Abdul Malek Raiyani

BAHRAIN: Malaysia dan Bahrain bakal meneroka bidang kerjasama baharu meliputi beberapa bidang tumpuan seperti pelaburan dan perdagangan, kewangan dan perbankan islam.

Ia termasuk bidang semikonduktor serta kesalinghubungan meliputi sektor pelancongan.

Perkara itu antara yang menjadi tumpuan ketika Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menghadap Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya, Manama dalam rangka lawatan rasminya ke Bahrain.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin juga dapat menilai tahap kemajuan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Manama.

Foto PMO

Turut disentuh isu serantau terutamanya melibatkan situasi di Asia Barat khususnya Palestin yang memerlukan kerjasama serta tekad yang menyeluruh untuk memastikan saudara islam di sana dalam keadaan baik selain mendapat pembelaan sewajarnya.

Ruangan sama digunakan Perdana Menteri untuk mengundang Putera Salman ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak Asean-GCC+ China.

Kedua-dua pemimpin juga berharap hubungan Malaysia dan Bahrain terus diperkukuh, sekali gus dapat menarik lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini