comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KTMB sedia 4 tren tambahan sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) iaitu masing-masing dua bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya sempena Aidiladha ini.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan tren tambahan bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral dan sebaliknya akan beroperasi bermula 13 hingga 18 Jun dan 21 hingga 23 Jun manakala laluan Butterworth ke KL Sentral dan sebaliknya beroperasi dari 13 hingga 18 Jun.

Foto hiasan

“Sebanyak  9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual esok (26 Mei) pada 3 petang. Penambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan tinggi semasa musim perayaan dan mengelakkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman.

“Orang ramai disaran membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau membuat pembelian terus menerusi laman sesawang rasmi KTMB,” menurut kenyataan itu.

KTMB turut menasihati pengguna agar merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta elakkan pembelian tiket di saat akhir.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini