comscore
Tumpuan :
Nasional

KSP RMK12: Kerajaan komited belanjakan RM90 bilion setahun sehingga 2025

KUALA LUMPUR: RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun 2023 hingga 2025.

Jelasnya, kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK12, dan menambah siling sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya RM415 bilion.

“Peningkatan ini adalah bagi menambah keperluan untuk membiayai bidang keutamaan rakyat di samping memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat ” katanya di Parlimen semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025: Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera Dan Berpendapatan Tinggi.

Loading...
Terkini