comscore
Tumpuan :
Nasional

KSP RMK12: AiL sasar 50,000 anak muda miliki pekerjaan

KUALA LUMPUR : Kerajaan melalui inisiatif Akademi dalam Industri (AiI), akan menyediakan dana khusus berjumlah RM209 juta termasuk penyediaan insentif elaun penempatan.

Seramai 50,000 anak muda disasarkan mendapat pekerjaan berkemahiran dengan Sijil Kemahiran Malaysia pada akhir RMK12.

Peluang berkenaan jelas Perdana Menteri diharap dapat membantu hampir 50 peratus lepasan SPM yang tidak menyambung pelajaran untuk menceburkan diri lebih awal dalam sektor pembuatan sebagai pekerja berkemahiran dengan gaji berpatutan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

 

Loading...
Terkini