comscore
Tumpuan :
Nasional

Kru kapal jatuh laut : Op SAR diteruskan, radius pencarian diperluas 

Oleh : Zahir Senapiah

ISKANDAR PUTERI : Usaha mencari dan menyelamat seorang kru sebuah kapal yang terjatuh dan hilang di jeti Pelabuhan Tanjung (PTP) Pelepas, Gelang Patah, disambung hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Johor, seramai 24 anggota bomba dari Balai Iskandar Puteri dibantu dua anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) balai bomba Skudai dihantar ke lokasi, diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khairi Zainuddin.

Operasi yang dihentikan jam 3 petang semalam akibat arus laut kuat disambung jam 10 pagi tadi.

Radius pencarian kini diperluas hingga 25 meter ke kiri dan kanan kapal.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa adalah warga Bangladesh dilaporkan terjatuh ketika melakukan kerja-kerja di kapal berkenaan pagi semalam.

Loading...
Terkini