comscore
Tumpuan :
Nasional

Kru kapal ditemui mati dalam bilik hotel 

Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di bilik sebuah hotel di Miri, semalam. -FOTO: NSTP

KUCHING: Seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik hotel di Miri, Sarawak, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa merupakan seorang kru kapal yang berasal dari Kelantan dan menginap di hotel tersebut bersama empat rakan setugasnya.

“Sejurus menerima laporan, polis telah ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Miri untuk proses bedah siasat. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini