comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kronologi pesawat terhempas di Elmina

SHAH ALAM: Tragedi pesawat terhempas di sekitar kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam pada 17 Ogos 2023, menggemparkan negara.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pesawat ringan Beechcraft 390 (Premier 1) berlepas dari Langkawi, sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

Namun, pesawat malang itu terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat.

Berikut adalah kronologi tragedi berkenaan:


 

Foto NSTP

7:00 pm – Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) selesai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lokasi nahas dikosongkan malam ini dan kesemua kawalan polis di situ juga dihentikan.

Tinjauan BERNAMA mendapati, lori yang membawa serpihan dan bangkai pesawat berkenaan telah meninggalkan lokasi nahas.

Artikel berkaitan: Bangkai dan serpihan pesawat nahas di Elmina selesai dibawa keluar

 


 

Foto NSTP

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, polis akan mengambil alih siasatan jika ada unsur ‘foul play’.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan oleh pihak BSKU bagi menentukan bagaimana dan kenapa kejadian nahas berlaku.

Berita penuh: Jika ada unsur ‘foul play’ polis akan ambil alih siasatan

 


 

11.39 am – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kad memori (memory puck) dalam komponen kotak perakam suara kokpit (CVR) masih berada dalam keadaan baik ketika dibuka Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Sabtu lalu.

Kotak rakaman itu telah dihantar ke makmal di Singapura semalam (20 Ogos 2023) untuk mendapatkan semula data rakaman suara 30 minit terakhir.

Artikel berkaitan: Nahas Elmina: CVR dihantar ke Singapura, dapatkan semula rakaman suara 30 minit terakhir

 


 

21 Ogos 2023

8:30 am – Seramai 12 anggota pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) Amerika Syarikat, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan pengeluar pesawat, Beechcraft tiba di lokasi nahas udara Elmina pagi ini dan mula memeriksa lokasi dengan menerbangkan dron serta membuat penilaian fizikal bangkai kapal.

Berita penuh: [VIDEO] Nahas Elmina: Penyiasat AS mula periksa lokasi nahas

 


 

 

Baki sembilan jenazah mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, selamat dikebumikan di lokasi berasingan di Lembah Klang, Pahang dan Perak siang tadi.

 


Foto: mrturboprop/TikTok

“Elmina akan beri perasaan berbeza kepada saya selepas ini”

Itu luahan seorang juruterbang memuat naik satu video di aplikasi TikTok ditujukan khusus untuk tragedi Elmina yang meragut 10 nyawa Khamis lalu.

Berita penuh: Pendaratan ini khas untuk anda semua mangsa nahas, Al-Fatihah – Juruterbang

 


‘Oyen’ turut menjadi mangsa nahas  pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.

Kucing berkenaan ditemui pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)  dalam keadaan cedera pada bahagian badan.

Berita penuh: ‘Oyen’ turut jadi mangsa nahas Elmina

 


 

2.30 pm – Jenazah Allahyarham Idris Abdol Talib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, Benus, Bentong, Pahang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata berusia antara 54 hari dan 14 tahun.

Berita penuh: Nahas Elmina: Jenazah Ustaz Idris selamat dikebumikan

 


 

2.30 pm – Jenazah juruterbang, Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20, Putrajaya.

Berita penuh: Nahas Elmina: Pemergianmu bukan ditangisi, pemergianmu dicemburui – Abang Heikal

 


 

2.25 pm – Jenazah juruterbang, Shahrul Kamal Roslan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Kuala Lumpur.

 


 

1.00 pm – Jenazah Allahyarham Khairil Azwan Jamaludin disolatkan berimamkan anak sulung, Khairul Harisin, 14, di kediaman kelahirannya di FELDA Mempaga, Bentong, Pahang.

Berita penuh: Anak imamkan solat jenazah Allahyarham Khairil Azwan

 


 

12.50 pm – Jenazah Sharipuddin Shaari, pemandu e-hailing selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Sultan Hishamuddin, Bandar Salak Tinggi, Sepang.

Berita penuh: Nahas Elmina: Urusan pengebumian semua jenazah lancar

 


 

Suzana Paiman, 38, isteri Allahyarham Mohammad Taufiq Mohd Zaki, tidak dapat menahan sebak ketika menyiram air di pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang.

12.40 pm – Jenazah pegawai khas kepada ADUN Pelangai, Allahyarham Mohammad Taufiq Mohd Zaki selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

 


 

12.18 pm – Jenazah Sharipuddin Shaari, pemandu e-hailing tiba di Masjid Sultan Hishamuddin, Bandar Salak Tinggi, Sepang untuk solat jenazah.

Artikel berkaitan: Nahas Elmina: Keluarga pemandu e-hailing syukur dapat urus jenazah lebih awal

 


 

 

12.00 pm – Jenazah ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir.

Berita penuh: Nahas Elmina: Jenazah Johari Harun dikebumikan

Artikel berkaitan: Nahas Elmina : 9 jenazah dikebumi berasingan di Lembah Klang, Pahang dan Perak

 


 

11.00 am – Jenazah ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun disolatkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.

 


 

9.30 am – Baki sembilan jenazah mangsa dibawa keluar secara berperingkat-peringkat dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Jenazah dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah untuk diuruskan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Berita penuh: [VIDEO] Nahas Elmina: Jenazah mangsa mula dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah

 


 

20 Ogos 2023

9.10 am – Ketua Polis Selangor sahkan hanya 10 mangsa terlibat dalam nahas ini, susulan proses padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan waris lengkap dan selesai dilakukan.

Berita penuh: [VIDEO] Nahas Elmina : Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat

 


 

Kenderaan dinaiki Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilihat memasuki Jabatan Perubatan Forensik HTAR, Klang, bagi menghadiri mesyuarat, malam ini.

8:30 pm – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik (HTAR) untuk mesyuarat pelbagai agensi dalam proses pengecaman mangsa nahas pesawat.

Beliau kemudiannya memaklumkan, proses pengecaman 9 lagi mayat mangsa nahas, selesai dan penyerahan kepada waris akan dilakukan 9 pagi esok (20 Ogos 2023).

 


 

“Tanpa Apit semestinya sedikit berbeza, kami pasti akan rindu dia. Kami masing-masing tidak ada kekuatan nak ke tempat lepak kami (kawasan tempat penunggang p-hailing menunggu tempahan) di Subang Bestari.” – Rakan Allahyarham Hafiz

 


 

Foto: NSTP

3:45 pm – Proses pengebumian jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh selesai.

Berita penuh: Jenazah pertama, Muhamad Hafiz dikebumikan

Artikel berkaitan: “Abang janji nak balik awal untuk pernikahan saya, cuma…”- Noorhidayah

 


 

Foto: NSTP

3:00 pm – Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh tiba di Masjid Al Huda Kampung Jerong, Sungai Petani.

Jenazah Allahyarham disambut dengan kehadiran lebih 500 orang yang berada di perkarangan masjid.

 


 

 

11:00 am – Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerusi Facebook memaklumkan telah menziarahi keluarga pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, salah seorang mangsa yang terkorban.

Berita penuh: Nahas Elmina: Menteri Pengangkutan ziarah keluarga pemandu e-hailing

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pengangkutan (MOT) memohon orang awam yang memiliki rakaman video atau gambar berkaitan tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam tampil mengemukakan bahan berkenaan.

Artikel berkaitan: Pemilik video atau gambar insiden di Elmina dimohon kemuka bahan – MOT

Artikel lain: Sepakat dan membuat keputusan tidak dikebumikan dalam satu liang – Isteri mangsa

 


 

Polis mengesahkan proses bedah siasat yang dijalankan terhadap 10 mangsa nahas tragedi, selesai malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lebih 300 sampel cebisan mayat sudah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.

Berita penuh: “Setakat ini polis telah mengenal pasti lapan cap jari mangsa”

 


 

19 Ogos 2023

8.15 am – Waris dan keluarga penghantar makanan, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, dilihat tiba di perkarangan Jabatan Forensik HTAR.

Jenazah Allahyarham diserahkan kepada keluarga, sebelum disolatkan di Masjid Ar-Rahimiah Klang dan dibawa pulang ke Kedah.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nahas Elmina: Waris Muhamad Hafiz tiba di HTAR

 

 

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nahas Elmina: Jenazah penghantar makanan dibawa pulang ke Kedah

 

Foto tangkap layar video TikTok Hashim Abu Hassan

Artikel berkaitan: Rakan-rakan Allahyarham Muhamad Hafiz berkonvoi iring jenazah ke Kedah

 


 

Faktor teknikal termasuk berat dan keseimbangan pesawat amat mustahak dalam aspek keselamatan pernerbangan.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau Penerbangan Malaysia (MAS), Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, pelanggaran terhadap faktor itu boleh menyebabkan insiden pesawat terhempas.

Berita penuh: “2 Juruterbang, 6 penumpang. Itu kapasiti maksimum untuk pesawat ringan” – Pakar Penerbangan

 


 

 

10.44 pm – Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, satu jenazah mangsa terkorban akan diserahkan kepada waris pada Ahad, 19 Ogos 2023.

Berita penuh: Satu jenazah diserah kepada waris esok – KP Selangor

 


 

Sejak 1977, terdapat beberapa insiden dilaporkan berlaku membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) iaitu model pesawat ringan yang sama terhempas dan meragut 10 nyawa di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2023.

Kronologi peristiwa-peristiwa membabitkan pesawat berkenaan yang pernah berlaku di negara ini sepanjang tempoh 46 tahun lalu diilustrasikan menerusi infografik di atas.

 


 

5.48 pm – Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media memaklumkan, tindakan Allahyarham Sharipuddin membatalkan tempahan pelanggan kira-kira sejam sebelum nahas pesawat (jam 2 petang), sekali gus mengelak lebih ramai yang terkorban.

“Tapi, bila buat ujian asid deoksiribonukleik (DNA), baru kita tahu ada lebih (mangsa) atau tidak. Buat masa ini, kita anggap dia seorang sahaja,” katanya lagi.

Berita penuh: Pemandu e-hailing ‘reject’ penumpang sejam sebelum nahas

 


 

 

5.32 pm – Bekas Ketua Juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, berkata hilang kawalan, muatan tidak stabil, kerosakan satu enjin atau kegagalan sistem teknikal antara punca menyebabkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas.

“Penjelasan akan dapat dibuat apabila kotak hitam berwarna oren ditemui dan diterjemahkan,” katanya.

Berita penuh: Kegagalan sistem teknikal, muatan tak stabil mungkin antara punca nahas Elmina


 

 

5.04 pm – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada semua pihak, terutama petugas keselamatan dan kesihatan yang membantu sepanjang pengendalian insiden jet penumpang yang terhempas di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, hari ini.

 


 

 

4.30 pm – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemakluman mengenai kekosongan luar jangka membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dibuat sejurus  urusan jenazah Allahyarham Johari selesai.

Berita penuh: ‘Tunggulah, bagi selesai satu persatu’ – Wan Rosdy

 


 

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan proses pembersihan di lokasi nahas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie – Foto: NSTP

3:00 pm – Lokasi nahas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina kembali dibuka kepada orang ramai selepas operasi pembersihan serpihan pesawat selesai petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam, Samsol Maarif Saibani.

 


 

Tan Sri Razarudin Husain bersama ahli keluarga serta waris mangsa di perkarangan Jabatan Forensik HTAR – Foto NSTP

2:48 pm – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan sidang media di  Jabatan Forensik HTAR.

Beliau berkata, lebih 200 cebisan mayat dan 22 anggota badan terputus seperti tangan, kepala, kaki yang ditemui di lokasi kejadian sudah diserahkan kepada Jabatan Forensik berkenaan.

Berita penuh: Nahas Elmina: 200 cebisan mayat ditemui, bedah siasat dijangka selesai Isnin ini

 


 

Sahrul Izwan dan Nur Izzara menunjukkan gambar yang diberikan ayah mereka untuk dijadikan kenangan. Foto : NSTP

“Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya simpan sebagai kenangan,” kata Muhammad Sharul Izuan Sharipuddin.

Sharul Izuan, 16, adalah anak mangsa pemandu kereta e-hailing, Sharipuddin Shaari, 53, yang maut dilanggar pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina semalam.

Berita penuh: Ayah beri dua keping gambar sama dan suruh saya simpan sebagai kenangan – Sharul Izuan

 


 

Perdana Menteri menenangkan ahli keluarga mangsa – Foto: NSTP

12:56 pm – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat waris mangsa nahas pesawat di HTAR Klang.

Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan akan menyalurkan bantuan untuk membiayai sebarang kos termasuk urusan pengurusan jenazah kepada keluarga mangsa tragedi, melibatkan semua pihak termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan.

Berita penuh: Kerajaan salur bantuan kepada keluarga mangsa – PM

 

 


 

12:25 pm – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat waris mangsa nahas di HTAR.

 


 

Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan rasa sebak ketika menunggu di perkarangan Jabatan Forensik HTAR – Foto: NSTP

10:30 am – Waris mangsa nahas tiba di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Artikel lain: Saya dengar jeritan Allahuakbar… namun tak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak – Saksi

 


 

Serpihan pesawat di lokasi kejadian – Foto: NSTP

Pesawat ringan jenis Beechcraft (Premier 1) tidak mempunyai perakam data penerbangan, FDR.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu berkata, dapatan itu diperoleh menerusi siasatan dilakukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Artikel berkaitan: Pesawat tiada Perakam Data Penerbangan – KPN

 

 


 

“Saya tengok video rider terbakar. Memang sedih… saya kata pada diri, kenapa la dia lalu masa kejadian. Kesian tengok terbakar atas jalan. Lepas Maghrib baru tahu mangsa sepupu saya.”

Demikian kata sepupu mangsa, Nurul Nazihah seperti dilaporkan mStar.

Artikel berkaitan: Sedih tengok rakaman tular penghantar rentung terbakar; rupa-rupanya ahli keluarga sendiri

 


 

 

9:40 am – Sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Bandar Elmina, Shah Alam untuk perkembangan terkini nahas pesawat.

Beliau memaklumkan, daripada 10 mayat mangsa yang ditemukan, hanya satu dalam keadaan sempurna.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meninjau lokasi kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan Elmina – Foto: NSTP

Artikel berkaitan: Operasi pencarian hampir 95 peratus selesai – KPN

 

 


 

8:30 am – Hari kedua tragedi pesawat terhempas di Elmina diteruskan dengan pencarian fasa ketiga, bagi menjejaki kotak hitam pesawat malang itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi Buletin TV3 berkata, operasi hari ini tertumpu kepada pencarian kotak hitam membabitkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan agensi penguat kuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Artikel berkaitan: Operasi mencari kotak hitam pesawat diteruskan

Sementara itu, laluan dari Elmina melalui Denai Alam dilaporkan sesak berikutan penutupan laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) yang ditutup sementara.

Artikel berkaitan: Jangan sebar, kongsi visual atau gambar mangsa pesawat terhempas di Elmina – MCMC

 


 

18 Ogos 2023

1:30 am – Mayat 10 mangsa tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan bermula 8 pagi ini (18 Ogos).

Difahamkan kesemua mayat mangsa terlebih dahulu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang sebelum ke HTAR.

Artikel berkaitan: Mayat 10 mangsa tiba di Jabatan Forensik HTAR

 


 

10.20 pm – Perakam suara kokpit (CVR) iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat, ditemukan.

Artikel berkaitan: Kotak perakam suara kokpit pesawat ditemui

Artikel lain: “Saya nampak pesawat nak ‘landing’… saya tekan minyak dan selepas itu lihat ada letupan di belakang kami”


 

10.10 pm – Sekurang-kurangnya enam mayat telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lima mangsa nahas tersebut didapati tidak sempurna fizikalnya.

Jelasnya lagi, pencarian kotak hitam hanya akan dijalankan selepas kesemua mayat dikeluarkan dari lokasi nahas.

Artikel berkaitan: Johari tegas, komited dan prihatin rakyat – Yang Dipertua DUN Pahang

 


 

9:15 pm – Dr Zaliha turut turun padang bersama pasukannya untuk memberi sokongan mental kepada waris mangsa.

9:10 pm – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meninjau Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi membantu memberi sokongan mental kepada waris mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terbabit.

 


 

Pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas di kawasan perumahan Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, di Shah Alam dan sempat dirakam kamera ‘dashcam’ beberapa kenderaan lain yang melalui kawasan itu ketika kejadian.

 

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman juga, menerusi ciapannya di Twitter berkongsi gambar kenangan dalam mesyuarat bersama Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Foto Twitter

 

 


 

 

 

7:20 pm – Sidang media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung tragedi pesawat ringan terhempas, langsung dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

Berdasarkan siaran media itu, beliau menyatakan nama kru dan penumpang yang terlibat dalam nahas tersebut.

 


 

6:00 pm – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian berkenaan.

 


 

5:40pm – [LANGSUNG] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau lokasi nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor.

 


 

5:00 pm – Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 nyawa terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Artikel berkaitan: Nahas Pesawat Di Elmina: Kenyataan Penuh CAAM

Datuk Hussein Omar Khan menyatakan, pesawat itu turut merempuh sebuah kenderaan dan sebuah motosikal.

Artikel berkaitan: 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Menurut kronologi yang dikongsikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pesawat terbabit membawa dua kru kapal dan empat penumpang.

 


 

2:51 pm – Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas, namun tiada panggilan ‘mayday’ dibuat oleh pesawat tersebut.

 


 

2:48 pm: Kebenaran mendarat telah diberikan.

 


 

2:47 pm – Hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang.

 


 

19 Ogos 2023

2:08 pm – Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

 

 

Loading...
Terkini