KUALA LUMPUR: Pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, tengah hari tadi, mengorbankan juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 tahun dan pembantunya, Roshaan Singh Raina, 42 tahun.
Pesawat dengan nombor pendaftaran I-POOC, dikendalikan Air Adventure Flying Club itu difahamkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bagi tujuan penerbangan rekreasi.
Operasi mengeluarkan kedua-dua mayat mangsa nahas pesawat berjaya dibawa keluar oleh pihak berkuasa sekitar jam 7.50 malam tadi.
Berikut kronologi insiden babit pesawat model BK 160 Gabriel –
1.28 tengah hari: Pesawat berlepas dari LTSAAS
1.35 tengah hari: Pesawat kali terakhir dilaporkan berhubung dengan pegawai kawalan trafik udara, namun difahamkan tidak ada panggilan kecemasan diterima.
1.56 tengah hari: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan menerima laporan mengenai kebakaran membabitkan pesawat `Aviation Safety Technology’
3.30 petang petang: Seorang saksi, Jinaidi Nasiran dilaporkan melihat pesawat hilang kawalan sebelum terjunam, disusuli bunyi dentuman kuat. Pesawat kemudian dilihat terbenam dalam tanah.
4 petang: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan.
5.25 petang: Empat individu dipercayai waris mangsa pesawat terhempas dilihat tiba di lokasi kejadian.
5.30 petang: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Wan Omar mengesahkan pesawat sedang menjalani latihan penerbangan rekreasi ketika insiden manakala juruterbang maut dikenalpasti sebagai sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantunya, Roshaan Singh Raina, 42.
7.55 malam: Mayat Daniel dan Roshaan berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman.
Spesifikasi pesawat terhempas –
*Keluaran sebuah syarikat pesawat di Itali, iaitu Blackshape yang ditubuhkan pada 2011.
*Menerusi maklumat laman web Blackshape, pesawat jenis BK160 adalah satu-satunya pesawat yang direka khusus untuk tujuan latihan sejak 50 tahun lalu.
*Pesawat direka untuk menawarkan fleksibiliti operasi, penginapan kru yang selesa dan penglihatan luar biasa.
*Ia dilengkapi persekitaran kokpit kaca moden dengan dwi kawalan dan berkemampuan untuk prestasi terbaik dan kualiti penerbangan.
*Pada 2019, pesawat dua tempat duduk ini mendapat pensijilan daripadaAgensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).
*Reka bentuk aerodinamik sayapnya memberikan prestasi cemerlang pada kelajuan tinggi dan bagi tahap terminal yang rendah. Ia juga menghasilkan ciri keselamatan dan penerbangan yang cemerlang dengan reka bentuk pemasangan struktur dan sistem yang teguh.
*Aras kelajuan maksimum pesawat ini adalah 296 kilometer sejam (km/j).
*Ketinggian pesawat ini secara keseluruhannya adalah 245 meter manakala panjangnya 744 meter.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Pesawat terhempas: Kedua-dua mayat mangsa berjaya dibawa keluar jam 7.50 malam
- Pesawat terhempas: Usaha keluarkan mangsa dijangka ambil masa tiga jam
- [TERKINI] Pesawat terhempas: Polis sahkan dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter
- Pasukan penyelamat guna jengkaut keluarkan badan pesawat
- Pesawat terhempas: Individu dipercayai waris mangsa kelihatan di lokasi
- [VIDEO] Pesawat terputus hubungan 1:35 tengah hari, dua mangsa belum ditemui
- [KEMAS KINI] [VIDEO] Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang
- [VIDEO] Penduduk terkejut serpihan sayap dan tayar pesawat terjatuh belakang rumah