Tumpuan :
Mahkamah

[KRONOLOGI] Kes SRC: Keputusan permohonan semakan kes Najib oleh Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan dijadual menyampaikan keputusannya hari ini terhadap permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Berikut adalah kronologi prosiding mahkamah yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli dari Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini.

 

Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di luar Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.
Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di luar Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

8.16 pagi – Suasana di luar kompleks Istana Kehakiman Putrajaya, pagi ini di mana terdapat ratusan penyokong Datuk Seri Najib Razak dilihat berkumpul sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu yang menghadiri prosiding semakan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan bersalah penyelewengan dana SRC International.

 

Anak-anak kepada Datuk Seri Najib Razak, dari kiri, Puteri Norlisa dan Datuk Mohd Nazifuddin, Datuk Mohd Nizar dan Nooryana Najwa.

8.30 pagi – Anak-anak kepada Datuk Seri Najib Razak, Puteri Norlisa dan Datuk Mohd Nazifuddin, Datuk Mohd Nizar dan Nooryana Najwa hadir bagi mendengar keputusan semakan mahkamah berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri itu.

 

8.36 pagi – Kenderaan yang membawa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tiba di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 8.36 pagi tadi.

Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli

10.01 pagi – Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli pagi ini memutuskan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak keputusan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Permohonan Najib untuk dapat kebenaran itu diputuskan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli bersidang bersama-sama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

 

 

 

Loading...
Terkini