comscore
Tumpuan :
Nasional

Kronologi kehilangan Nidza Afham

PETALING JAYA: Pada 13 Ogos 2024, polis menerima laporan kehilangan penyanyi serta YouTuber, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang dilapor tidak pulang ke rumah selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Berikut adalah kronologi kehilangan Nidza Afham:


Nidza Afham kali terakhir berada di Jambatan Klang. FOTO: Nidza Afham/ Instagram

13 Ogos 2024

7.54 malam – Nidza Afham ke Stadium Klang, Selangor untuk berjoging dengan menaiki e-hailing.

9.13 malam – Teman wanitanya, Miera merupakan individu terakhir yang dihubungi mangsa sebelum gagal dihubungi.

11.53 malam – Lokasi terakhir Afham dikesan di Jambatan Kota, Klang.


14 Ogos 2024

1.50 pagi – Keluarga Afham ke Jambatan Kota, Klang untuk mencari mangsa. Dalam misi pencarian, orang awam menemui dompet dan telefon bimbit milik Afham namun kad ATM dan wang tunai didapati hilang.

Bagaimanapun, pada 16 Ogos, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tiada barangan peribadi milik Allahyarham Nidza Afham hilang.

4.00 pagi – Keluarga pergi ke Balai Polis Klang Selatan untuk membuat laporan.

5.05 pagi – Kakak Afham, Nur Irfahanie Mokhtar mula menghebahkan kehilangan adiknya di laman sosial.

3.30 petang – Keluarga meneruskan pencarian Afham di kawasan sekitar mangsa kali terakhir dilihat. Bapanya turut laungan azan di kawasan jambatan berkenaan.

Artikel berkaitan: Misteri kehilangan Afham: ‘Balik lah Afham, kami semua risau’ – Kakak 

5.28 petang – Abang iparnya Effie Amron, 34, memaklumkan kelibat Afham ada dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran pada jam 9.03 malam.

@buletintv3

Usaha mengesan penyanyi, Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Klang, Selangor kira-kira jam 11.53 malam semalam terus giat dijalankan pihak berkuasa termasuk ahli keluarga. #BuletinTV3 #Afham #NidzaAfham #AfhamHilang #DimanaAfham

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Mangsa dilihat berjalan melalui kawasan berhampiran Masjid India Muslim Tengku Kelana, Klang sebelum dilaporkan hilang.

7.00 petang – Orang awam yang memancing di Sungai Klang menemui mayat seorang lelaki memakai pakaian berwarna gelap yang tertera nombor 56 sepadan dengan pakaian ketika Afham dilaporkan hilang.

Mayat ditemukan 1 kilometer dari lokasi telefon bimbit dan dompet ditemui.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di Sungai Klang dipercayai milik Nidza Afham Mokhtar.

8.30 malam – Abang ipar mangsa, Effie Amron membuat pengecaman mayat di lokasi kejadian.

10.30 malam – Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar dibawa ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat.


15 Ogos 2024

9.48 pagi – Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Afham dijalankan pada sebelah pagi.

Artikel berkaitan: Kematian Afham: Keluarga harapkan jenazah tiada kecederaan – Kakak

10.18 pagi – Kakak mangsa, Nur Irfahanie Mokhtar memaklumkan jenazah Nidza Afham Mokhtar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Puncak Alam.

3 petang – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata proses bedah siasat telah dijalankan pada jam 11 pagi hingga 3 petang.

5.48 petang: Jenazah Allahyarham Nidza Afham dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disembahyangkan.

@buletintv3

Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham, 23, dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disembahyangkan dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam. #BuletinTV3 #beritaditiktok #NidzaAfham #Masjidpuncakalam

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

 

5.54 petang – Bedah siasat ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar diputuskan Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

6.30 petang – Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini