comscore
Tumpuan :
Nasional

Kronologi kehilangan Albertine Leo

Kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun, Albertine Leo Chia Jia Hui yang menarik perhatian rakyat Malaysia, terungkai dalam tempoh lebih 48 jam.

Berikut adalah kronologi kehilangan anak ketiga daripada empat beradik itu.

 


 

Kehilangan Albertine Leo

20 Julai 2024: Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang di sebuah tapak festival di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor pada petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Albertine Leo Chia Jia Hui, 6 tahun.

Kehilangan Albertine mula disedari oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam.

Berita kehilangan kanak-kanak itu kemudiannya tular di media sosial.

 


 

Polis guna khidmat K9 untuk mengesan Albertine

21 Julai 2024: Polis menggunakan khidmat unit pengesan anjing (K9) dalam usaha mencari Albertine.

Operasi pencarian di lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang dan kawasan sekitarnya giat dijalankan.

Artikel berkaitan:Polis guna khidmat K9 cari kanak-kanak perempuan 6 tahun yang hilang

Artikel berkaitan: Orang ramai digesa bantu kesan kanak-kanak 6 tahun hilang – MB

 


 

 

Skop pencarian diperluaskan

22 Julai 2024: Polis kembali ke tempat mangsa dilaporkan hilang dan pencarian diperluaskan ke tapak pembinaan di belakang pusat beli-belah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar mengarahkan pembabitan pasukan bantuan untuk pencarian Albertine.

Artikel berkaitan: Pasukan bantuan diperlukan untuk cari kanak-kanak 6 tahun yang hilang

 


 

4 individu termasuk dua wanita direman

22 Julai 2024: Empat individu termasuk dua wanita direman empat hari bagi membantu siasatan.

Tiga suspek ditahan di Gelang Patah, Iskandar Puteri jam 1.30 tengah hari (22 Julai) bagi membantu siasatan.

Manakala suspek wanita keempat berumur 40-an ditahan sekitar Johor Bahru pada malamnya.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak hilang disyaki diculik, wanita antara tiga ditahan

Artikel berkaitan: Kes larikan budak, empat termasuk dua wanita direman 4 hari 

 


 

Albertine ditemui selamat di sebuah hotel di Batang Kali

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika sidang media berkaitan tangkapan suspek ke culik kanak-kanak enam tahun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor. Foto: NSTP

23 Julai 2024: Selepas lebih 48 jam, Albertine ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor, pada jam 4 pagi.

Menurut Komisioner M. Kumar, mangsa ditemui bersama seorang suspek di sebuah hotel murah.

Tambah beliau, ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada perubahan fizikal seperti dakwaan rambutnya sudah dipotong.

Albertine dibawa ke sebuah hospital bagi pemeriksaan kesihatan.

Artikel berkaitan: Albertine Leo ditemui selamat, disorok di sebuah hotel murah di Batang Kali – Polis

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

 

Artikel berkaitan: Penduduk Batang Kali terkejut berita penemuan Albertine


 

Seorang lagi suspek lelaki ditahan 

23 Julai 2024: Suspek kelima kes culik kanak-kanak perempuan di Eco Galleria, Iskandar Puteri direman 7 hari bermula hari ini.

Suspek ditahan di sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor kira-kira jam 4 pagi.

Artikel berkaitan: Kes larikan budak, suspek kelima direman 7 hari

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini