comscore
Tumpuan :
Nasional

Kronologi 24 jam terakhir reman ibu bapa Zayn Rayyan

Klik di sini untuk ikuti perkembangan terkini kes Zayn Rayyan

 

 

Ikuti perkembangan terkini berhubung nasib ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, akan diketahui Khamis ini, sama ada dituduh atau dibebaskan bergantung hasil siasatan yang sedang dilengkapkan polis kerana tempoh reman yang dikeluarkan ke atas mereka tamat pada hari ini (13 Jun 2024).


13 Jun 2024

 

12:40 tengah hari: Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak Autisme itu.


12:30 tengah hari: Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis.


Foto: NSTP

11:30 pagi: Pasukan pembelaan kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini.


 

Foto: NSTP

10:30 pagi: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabai dengan kemungkinan menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak autisme itu pada Disember tahun lalu.


[LANGSUNG] Strim langsung perkembangan terkini perkembangan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

 


 

10:09 pagi:  Ibu bapa kepada kanak-kanak Austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 yang ditemui mati Disember tahun lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10.09 pagi.


Foto: NSTP

10:00 pagi: Kenderaan yang membawa datuk dan nenek kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.


9:40 pagi: Ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan dijangka akan berdepan dengan pertuduhan pagi ini.


9.30: pagi: Datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.


9.00 pagi: Perkembangan Zayn Rayyan: Kedua-dua peguam wakili ibu bapa hadir di mahkamah

Mahmud Jumaat yang mewakili Ibu mangsa tiba sekitar jam 8.50 pagi.

Manakala, Fahmi Abdul Moin yang mewakili bapa mangsa tiba pada jam 9.11 pagi.

Kedua-dua peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini.

 

Strim langsung perkembangan terkini perkembangan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.


8.30 pagi: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin akan menghadapi pertuduhan yang akan dijalankan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di Petaling Jaya, hari ini.


 

 

8.00 pagi: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media hari ini.


Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Nasib ibu bapa kepada kanak-kanak autistime, Zayn Rayyan Abdul Matiin bakal diketahui hari ini,  sama ada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan yang akan dikemukakan atau dilepaskan dengan jaminan polis.

Ia berikutan tempoh reman selama 13 hari bagi pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu akan berakhir hari ini.

Sebelum ini, ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor.

Terbaharu, pihak polis semalam menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berkenaan.

Ia disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dilaporkan berkata, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang.

Permohonan reman dijangka dilakukan hari ini.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.


12 Jun 2024

 

3.37 petang: Nasib ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin bakal diketahui esok, sama ada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh atau dilepaskan dengan jaminan polis.


2.30 petang: Kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin merekodkan bantahan kepada prosiding tertutup melibatkan Ibu kepada Zayn Rayyan di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.


 

FOTO: NSTP

2.26 petang: Ibu kepada kanak-kanak malang Zayn Rayyan Abdul Matiin yang hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini tidak memberi sebarang pengakuan bersalah.


1.05 tengah hari: Ibu kepada kanak-kanak Autisme yang ditemui mati pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat keluar dari Kompleks Mahkamah Majistret pada jam 12.51 tengah hari tadi.


 

Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu, dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Turut hadir peguam mewakili suspek bagi memantau perkembangan kes berkenaan.


 

12.59 tengah  hari: Kenyataan oleh peguam yang mewakili bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abdul Moin dan peguam mewakili ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat selepas prosiding di Komplekas Mahkamah Majistret Petaling Jaya.


12.51 tengah hari: Ibu Zayn Rayyan keluar dari kamar mahkamah sambil diiringi polis selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. FOTO: NSTP


 

Laporan langsung oleh wartawan Fahmi Tajuddin dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.


11.16 pagi: Kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa kanak-kanak malang, Zayn Rayyan Abdul Matin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya


10.55 pagi: Keluarga kepada bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.


7.30 pagi: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang mati dibunuh.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

 

 

 

 

 

Loading...
Terkini