Klik di sini untuk ikuti perkembangan terkini kes Zayn Rayyan
Ikuti perkembangan terkini berhubung nasib ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, akan diketahui Khamis ini, sama ada dituduh atau dibebaskan bergantung hasil siasatan yang sedang dilengkapkan polis kerana tempoh reman yang dikeluarkan ke atas mereka tamat pada hari ini (13 Jun 2024).
13 Jun 2024
12:30 tengah hari: Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis.
[LANGSUNG] Strim langsung perkembangan terkini perkembangan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
9:40 pagi: Ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan dijangka akan berdepan dengan pertuduhan pagi ini.
9.30: pagi: Datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
9.00 pagi: Perkembangan Zayn Rayyan: Kedua-dua peguam wakili ibu bapa hadir di mahkamah
Mahmud Jumaat yang mewakili Ibu mangsa tiba sekitar jam 8.50 pagi.
Manakala, Fahmi Abdul Moin yang mewakili bapa mangsa tiba pada jam 9.11 pagi.
Strim langsung perkembangan terkini perkembangan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
Oleh: Azwaliza Azman
PETALING JAYA: Nasib ibu bapa kepada kanak-kanak autistime, Zayn Rayyan Abdul Matiin bakal diketahui hari ini, sama ada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan yang akan dikemukakan atau dilepaskan dengan jaminan polis.
Ia berikutan tempoh reman selama 13 hari bagi pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu akan berakhir hari ini.
Sebelum ini, ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor.
Terbaharu, pihak polis semalam menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berkenaan.
Ia disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dilaporkan berkata, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang.
Permohonan reman dijangka dilakukan hari ini.
Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.
12 Jun 2024
Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu, dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.
Turut hadir peguam mewakili suspek bagi memantau perkembangan kes berkenaan.
12.59 tengah hari: Kenyataan oleh peguam yang mewakili bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abdul Moin dan peguam mewakili ibu Zayn Rayyan, Mahmud Jumaat selepas prosiding di Komplekas Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
12.51 tengah hari: Ibu Zayn Rayyan keluar dari kamar mahkamah sambil diiringi polis selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. FOTO: NSTP
Laporan langsung oleh wartawan Fahmi Tajuddin dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
10.55 pagi: Keluarga kepada bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa