comscore
Tumpuan :
Nasional

Kren terbalik, pemandu tersepit lebih sejam

Pemandu kren tersepit di dalam kenderaan berat berkenaan yang terbabas sendiri di Jalan Ulu Sabandil, Papar. FOTO NSTP

PAPAR: Pemandu kren berdepan detik cemas apabila tersepit lebih sejam dalam kejadian kren terbalik di Jalan Ulu Sabandil, di sini, hari ini.

Mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an cedera di kaki sebelum diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

Ketua (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.36 petang membabitkan sebuah kren terbabas di bahu jalan.

Katanya, terdapat seorang mangsa tersepit dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas (rescue tools).

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan mengalami cedera di kaki.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Papar menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi melibatkan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan jam 3.49 petang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini