Tumpuan :
Nasional

Kren menara tumbang akibat ribut di Setapak

Kren Menara yang tumbang di kawasan pembinaan bangunan di Kampung Air Tawar, Setapak, petang tadi. Foto Ihsan bomba.

KUALA LUMPUR: Buruh binaan panik apabila sebuah kren menara tumbang di kawasan pembinaan bangunan di Kampung Air Tawar, Setapak di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 6.19 petang.

Komander Operasi Rozaidi Mat Isa berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah kren terjunam dan jatuh di kawasan pembinaan akibat ribut kuat.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa dan kenderaan lain yang terbabit kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan kemudian menyerahkan kes kepada pihak pengurusan pembinaan untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini