Oleh: Selwam Arjunan
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah kren di Jalan Lencongan Timur, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari ABdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 petang dan jentera pertama tiba di lokasi 26 minit kemudian.
“Pemeriksaan di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori dengan sebuah kren.
“Mangsa lelaki iaitu pemandu lori telah tersepit dalam kenderaan dan mengalami cedera parah.
“Mangsa dikeluarkan anggota bomba dengan bantuan kren pada jam 7.26,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa dilaporkan stabil dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.
Operasi tamat pada jam 7.53 malam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.