Tumpuan :
Nasional

KPT teliti keperluan laksana ujian saringan psikologi buat pelajar

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ketika menyampaikan ucapan aluan pada Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival Idea Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti keperluan melaksanakan saringan kesihatan minda, sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keperluan itu masih dalam peringkat perbincangan di kementeriannya.

“Kita akan lihat cadangan-cadangan yang diberikan.

“Sekarang ini kita masih dalam peringkat perbincangan,” katanya ketika ditanya adakah KPT akan melaksanakan langkah sama yang diambil KPM.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Idea Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Semalam Buletin TV3 melaporkan KPM telah melaksanakan beberapa modul dalam mengenal pasti sekiranya terdapat murid yang mengalami gangguan psikologi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai mekanisme pengesanan awal mengenal pasti murid yang berhadapan dengan masalah gangguan emosi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini