comscore
Tumpuan :
Nasional

KPT tawar 24,000 tempat pengajian sempena program Hari Terbuka Putrajaya 2024

FOTO: perbadananputrajaya/ Instagram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal menawarkan 24,000 tempat bagi permohonan tawaran terus ke program diploma dan sijil di politeknik atau kolej komuniti terpilih bagi sesi II 2023/2024 sempena program Hari Terbuka Putrajaya 2024 (POD2024).

KPT dalam kenyataannya hari ini berkata bagi pelajar lepasan sekolah yang ingin mendapatkan maklumat untuk melanjutkan pengajian ke menara gading, mereka boleh mengunjungi reruai KPT (Nombor 16) di POD2024 selain konsultasi pilihan program melalui sistem UPUOnline oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Sementara itu, bagi pengunjung yang memiliki pengalaman kerja tetapi masih berminat menyambung pengajian di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di Malaysia, mereka berpeluang untuk mendapatkan konsultasi berkenaan dengan Program Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning – APEL) kelolaan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Bagi siswazah yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, tawaran program penajaan dan bantuan kewangan turut disediakan membabitkan 15 program yang menarik,” lagi menurut kenyataan itu.

POD2024 berlangsung selama empat hari bermula esok di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Kemasukan adalah percuma.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini