comscore
Tumpuan :
Nasional

KPT siasat kesahihan pelajar Malaysia jadi tentera upahan

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan & Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan pelajar Malaysia yang terlibat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Rusia.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya perlu menyemak kesahihan mengenai perkara itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Saya akan dapatkan maklumat lagilah, sebab kita belum dapat maklumat secara lengkap lagi.

“Kita akan semak, terlalu awal untuk saya memberikan sebarang komen sebab saya perlu menyemak fakta dulu. Jadi kita akan maklumkan kemudian,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas solat Jumaat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan keluarga kepada lelaki yang MyKad dan lesen memandunya didakwa ditemui di medan perang di Ukraine, memaklumkan individu berkenaan sedang melanjutkan pengajian di negara terbabit.

Katanya, Bukit Aman juga sedang menunggu maklum balas Kedutaan Rusia berhubung dakwaan pembabitan rakyat Malaysia dalam konflik perang antara negara itu dan Ukraine.

PDRM melalui Jabatan Cawangan Khas pula sudah berhubung dengan Kedutaan Rusia di Malaysia berhubung perkara itu.

Selasa lalu, tular di media sosial mengenai penemuan dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia didakwa ditemui di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini