Tumpuan :
Nasional

KPT rangka pelan Pendidikan Tinggi 2025-2035

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka Pelan Pendidikan Tinggi 2025-2035 memandangkan pelan sedia ada bakal berakhir hujung tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelan itu dirangka dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar tempatan menerusi satu jawatankuasa khas dalam menentukan hala tuju pendidikan tinggi dalam tempoh 10 tahun akan datang mengikut keperluan semasa.

Menurutnya,KPT perlu menyediakan pelan baharu tentang hala tuju pelajar universiti yang akan menamatkan pengajian di universiti dan politeknik.

Katanya,KPT perlu menyediakan sistem pendidikan terbaik untuk 10 tahun akan datang untuk generasi masa depan.

“Perkara ini sedang diperincikan oleh satu jawatankuasa melibatkan pelbagai pihak dan yang dirangka berdasarkan kepakaran kita,” katanya kepada pemberita pada sidang media ketika membentangkan Kad Laporan KPT 2024.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Seri Mustapha Sakmud.

Menerusi pembentangan kad laporan KPT berjaya mencapai lima fokus utama bagi tahun 2024 iaitu penyediaan bakat terbaik negara, pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi, pelaksanaan pendekatan baharu program pemindahan dan perkongsian ilmu, pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan pemantapan ekosistem pemboleh daya.

Zambry berkata, KPT sudah tidak lagi mengambil pendekatan dengan konsultan luar negara untuk merangka pendidikan negara sebaliknya akanmenggunakan tenaga pakar negara yang sama hebat dengan pakar luar negara.

Menurutnya, ini merupakan satu perubahan besar dalam sistem pendidikan tinggi negara kerana kita lebih tahu apa keperluan negara disamping boleh mendengar apa yang dilaksanakan di luar negara.

Katanya, pelan yang sedang dirangka ini merupakan agenda terbesar KPT kerana melibatkan dasar masa depan pendidikan tinggi negara.

Dalam perkembangan lain, Zambry memaklumkan KPT akan membawa cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penyelidikan Universiti ASEAN dalam persidangan yang akan bermula tahun depan.

Katanya, sempena dengan Kepengerusian ASEAN nanti kita akan cadangkan danberharap idea yang diketengahkan nantia kan diterima oleh anggota-anggota negara ASEAN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini