comscore
Tumpuan :
Nasional

KPT: Kaji kos kenaikan diesel di universiti

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membuat kajian  kos di semua universiti awam dan swasta berikutan kenaikan harga minyak diesel baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kajian itu perlu bagi memastikan kenaikan diesel  tidak memberi kesan  signifikan sehingga membebankan universiti dan seterusnya pelajar.

“Mungkin dari segi pengangkutan dan sebagainya apapun kajian-kajian perlu dapatkan respon dan kita tak mahu buat kenyataan dan hanya bersifat pada pandangan.

“Kita tak boleh kerana isu seperti ini kita perlu lihat pada sentimen di bawah dalam konteks universiti pun kita buat perkara yang sama, kita akan pantau semua sebab universiti melibatkan semua dari segi pengurusan dan pentadbiran semua”, katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut meminta Barisan Nasional (BN) Terengganu memberi penjelasan kepada rakyat tentang kewajaran kerajaan menaikkan harga  diesel serta implikasi di masa hadapan sekiranya kerajaan tidak berbuat demikian.

Beliau ditemui pada Perasmian Konvenseyen BN Negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter mulai 12 tengah malam bermula 1 Jun lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dengan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi bersasar ini, kerajaan menjangkakan pengurangan serta-merta kerugian daripada aktiviti ketirisan yang boleh membawa kepada penjimatan sebanyak RM4 billion setahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini