comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM tidak akan berkompromi dengan salah laku buli

Foto hiasan

Oleh Fareez Azman

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan dibawah kementerian itu.

Jelas KPM, garis panduan menangani gejala buli telah diluncurkan tahun lalu melibatkan kerjasama semua agensi yang dipertingkatkan.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

“KPM telah meluncurkan telah garis panduan menangani gejala buli pada tahun lalu.Kerjasama dengan semua agensi termasuk polis dan pihak berkepentingan di peringkat sekolah juga dipertingkatkan,” jelas kenyataan ringkas itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pendedahan penyanyi sebuah kumpulan yang mendakwa anak lelakinya berusia 14 tahun menjadi mangsa buli.

Dalam pendedahan tersebut, penyanyi itu kesal apabila pihak sekolah terbabit didakwa tidak mengambil tindakan berhubung isu itu.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan kes buli bagi sudah membuka kertas siasatan kes buli membabitkan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, setakat ini sebanyak lima laporan polis sudah diterima pihaknya berkaitan isu itu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini