Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pemakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kelonggaran pemakaian baju sukan yang ketika ini dibenarkan di fasiliti KPM juga diteruskan selama dua hari manakala sehari lagi ditetapkan untuk pemakaian seragam kokurikulum.
“Kementerian akan memaklumkan surat pekeliling mengenainya,” katanya menerusi Amanat Tahun Baharu 2024 di sini, hari ini.
Kelonggaran pemakaian baju sukan dibuat KPM sejak 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.