Tumpuan :
Nasional

KPM selaras semula pendidikan anak-anak GISBH

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyelaraskan semula pendidikan anak-anak yang sebelum ini diselamatkan daripada fahaman GISBH.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tindakan itu akan dibuat mengikut kepada kesesuaian dan umur anak-anak berkenaan.

“Ada sebahagiannya telah pun pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dan di peringkat KPM kita sedang selaraskan semula (pendidikan) kerana ada yang masih di bawah jagaan JKM.

“Kita akan selaras semula pendidikan mereka melihat kepada umur mereka dan kesesuaian untuk mengikuti pendidikan arus perdana di sekolah-sekolah di bawah KPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media khas SPM 2024 hari ini.

Aspek pendidikan kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISBH agar sukar berikutan silibus pelajaran mereka yang tidak seiring dengan pendidikan negara.

Sebelum ini, ratusan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak pengikut GISBH berjaya diselamatkan polis melalui Ops Global yang dilaksanakan di beberapa negeri.

KPM turut merangka pelan jangka masa panjang bagi anak-anak itu bersama kementerian berkaitan selepas status mereka dimuktamadkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini