Tumpuan :
Nasional

KPM nafi dakwaan kertas Sejarah SPM bocor

sekolah generic pelajar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan berlaku kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

KPM dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas.

Katanya, tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

“Tiada soalan kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.

“Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM,” katanya.

KPM berkata, siasatan terperinci selesai dijalankan dengan turut mengambil kira semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di laman media sosial.

“Sehubungan itu, semua calon peperiksaan SPM dinasihatkan kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.

“KPM sentiasa komited memastikan kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 adalah terjamin,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini