comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM komited usaha pencegahan penderaan seksual kanak-kanak – Fadhlina

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam melaporkan isu penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan itu selaras garis panduan pengurusan gangguan seksual di peringkat insitusi pendidikan dibawah KPM.

“Kita fikir penting untuk diingatkan bahawa kita sudah meluncurkan garis panduan gangguan seksual. Ia adalah tanda keseriusan kita untuk memastikan isu gangguan seksual ini benar-benar ditangani di semua peringkat.”

“Kita menerima anjuran dan peringatan berhubung penguatkuasaan lebih tegas dan agresif jika guru bertindak menyembungikan penderaan seksual terhadap kanak-kanak,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Makanan Kesihatan (PROMAK) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa langkah pendakwaan akan diambil terhadap guru, jiran atau orang awam yang menyembunyikan atau gagal melapor perbuatan itu.

Sehingga kini belum ada mereka yang didakwa berkaitan isu itu walaupun ia termaktub dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Justeru, perkara itu akan diteliti dan berbincang dengan polis serta mahkamah supaya perkara yang termaktub dalam undang-undang itu dapat dikuatkuasakan.

| ARTIKEL BERKAITAN 

Loading...
Terkini