comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM komited perkasakan khidmat kaunseling dan psikososial di sekolah

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Oleh: Shuhadah Marzuki

SERDANG: Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam memperkasakan khidmat kaunseling dan psikososial di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, usaha memelihara kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan murid dan guru.

Jelasnya kesihatan mental yang baik mampu membangunkan generasi kalis masa depan berdaya tahan, berkeyakinan tinggi dan berasa positif terhadap diri sendiri.

Perkara itu dapat digarap melalui ekosistem sekolah yang selamat dan positif.

“Tumpuan diberikan apabila kita turun ke sekolah bukan hanya lihat padang, bumbung, tandas, tapi melihat manusia yang menghidupkan sekolah itu.

“Adakah mereka ini benar-benar mempunyai jiwa untuk datang ke sekolah, adakah betul mereka ini mempunyai banyak kendala dan cabaran serta halangan untuk datang ke sekolah.”

Justeru, kerjasama antara ibu bapa, guru dan kaunselor sekolah menjadi peranan penting untuk memastikan intervensi awal boleh dilakukan sekiranya murid dikesan berhadapan dengan kesihatan mental.

Perkara itu disampaikan dalam ucapannya sempena Hari Kemuncak Pertandingan Inovasi Sosial Kesihatan Mental di Serdang.

Pertandingan yang membabitkan penyertaan 16 buah sekolah itu diadakan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut 10 Oktober setiap tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini