Tumpuan :
Nasional

KPM komited kerjasama dengan pihak industri bangunkan bidang STEM

Fadhlina merasmikan Program Duta Guru Simposium Kebangsaan 2024 di Putrajaya.

Oleh: Shuhadah Marzuki

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam usaha membangunkan ekosistem Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, (STEM) dalam kalangan murid.

Menterinya, Sidek berkata, Program Duta Guru, Simposium Kebangsaan yang dianjur Yayasan PETRONAS dengan kerjasama KPM antara inisiatif memperkasakan bidang STEM di sekolah.

Bertemakan ‘Membangun Karakter Mampan Penyelesai Masalah’ Fadhlina melihat program terbabit dapat melahirkan guru yang mampu membentuk minat dan kompetensi murid dalam STEM serta kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT.

“Tema Simposium Kebangsaan PDG ini melengkapi ekosistem STEM, terutamanya dalam usaha untuk mempamerkan Sains sebagai penyelesai masalah dan solusi pelbagai kepada isu global yang kompleks.

“Lebih penting lagi, Sains membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang amat penting dalam landskap pendidikan yang berkembang pesat.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program Duta Guru Simposium Kebangsaan 2024 di Putrajaya.

Program Duta Guru adalah inisiatif Yayasan PETRONAS dan KPM bertujuan memperkasa kemahiran 4,500 guru STEM menjelang 2030.

Ia juga selari dengan sasaran Gelombang 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 bertujuan mencapai kecemerlangan, meningkatkan keluwesan operasi, serta menekankan KBAT dan pembelajaran STEM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini