Tumpuan :
Nasional

KPM fokus tangani isu kepadatan kelas, kemudahan asrama uzur

Fadhlina Sidek (tengah) bergambar kenangan dengan pelajar selepas Majlis Peluncuran dan Karnival Generasi MADANI Kementerian Pendidikan 2025 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia, hari ini. Foto NSTP

NILAI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus komited menyelesaikan isu kepadatan murid dalam kelas, terutama di kawasan berkepadatan tinggi seperti Selangor, dengan langkah segera dan pelan jangka panjang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjelaskan bahawa penggunaan kelas kabin berteknologi Sistem Bina Berindustri (IBS) adalah langkah sementara yang kondusif bagi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).

“Isu kepadatan kelas sedang ditangani, termasuk melalui penyediaan kabin. Saya sendiri meninjau sebuah sekolah di Cyberjaya pagi tadi, dan kemudahan ini mampu menjadi solusi jangka pendek.

“Namun, komitmen kami adalah untuk terus membina sekolah baharu, menyiapkan projek sekolah yang tertangguh, dan menambah bangunan sekolah di lokasi yang memerlukan. Perkara ini akan diumumkan secara berperingkat dalam belanjawan,” katanya.

Fadhlina turut menekankan bahawa KPM sedang mengumpul maklumat berkaitan keadaan asrama sekolah berasrama penuh yang uzur dan akan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselesaan pelajar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini