comscore
Tumpuan :
Nasional

KPM fokus pastikan tiada keciciran pelajar cemerlang ke matrikulasi- Fadhlina

Foto hiasan

Oleh: Kumaran Rajamoney

PARIT BUNTAR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti senarai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memastikan tiada pelajar yang cemerlang tercicir daripada senarai pengambilan bagi pengajian di peringkat Matrikulasi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ruang bagi membuat rayuan juga dibuka kepada para pelajar yang tidak dipilih dalam fasa awal pengambilan.

“Kita sudah mula menerima pelajar bagi pengajian matrikulasi bermula semalam. 5 Julai ini kita akan terima pelajar yang diperingkat rayuan dan seterusnya kita akan buat penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).”

“Semua pelajar cemerlang sudah ada dalam sistem kita sekarang dan penyelarasan berkaitan dengan penempatan yang akan kita selaraskan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai rintihan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 8A atau 9A, yang berkemungkinan tercicir dari senarai pengambilan ke program matrikulasi.

Fadhlina melancarkan Program Antibuli di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Krian, di Parit Buntar pagi tadi.

Fadhlina ditemui selepas melancarkan Program Antibuli di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Krian, di sini pagi tadi.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, bermula tahun ini.

Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu tidak akan menggangu kuota pelajar bumiputera sedia ada.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini