comscore
Tumpuan :
Nasional

KPKT tidak iktiraf peniaga dan penjaja kecil warga asing

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak mengiktiraf dan membenarkan warga asing sebagai penjaja dan peniaga kecil.

KPKT yang diwakili Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, tindakan itu dilakukan kerana kadar harga sewaan yang ditetapkan oleh PBT adalah di bawah harga pasaran dan bertujuan untuk memberikan peluang perniagaan kepada rakyat tempatan.

“PBT juga tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memohon/memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan di pasar-pasar, selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja dan UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian”

Fuziah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Ibrahim yang meminta KPKT menyatakan sejauh manakah kesiapsiagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam membasmi masalah kebanjiran peniaga yang tidak berlesen dalam kalangan pendatang asing tanpa izin yang mencemarkan imej kawasan setempat.

Mengulas lanjut, Fuziah memaklumkan PBT juga tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan di pasar-pasar, selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja dan UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

UUK TRED Perniagaan dan Perindustrian pula memaktubkan pengeluaran lesen perniagaan hanya dikeluarkan untuk warganegara Malaysia sahaja dan membenarkan warga asing diambil bekerja sebagai pekerja atau pembantu dengan syarat memiliki pas kerja atau permit dagang yang sah.

PBT juga melakukan pemantauan secara berkala ke atas premis-premis perniagaan dan penjaja di kawasan PBT terutamanya yang menjadi tumpuan warga asing, membuat sitaan dan rampasan barangan penjaja warga asing yang didapati menjalankan perniagaan secara haram dan menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan PDRM.

Bagi tahun 2022 dan sehingga kini, PBT telah melaksanakan sebanyak 2 031 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing dan telah melibatkan pembatalan sebanyak 26 108 lesen peniaga atas sebab pelanggaran syarat-syarat lesen atau premis yang ditetapkan oleh PBT atau memindah milik lesen atau permit mereka kepada warga asing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini