Tumpuan :
Nasional

KPKT juara Anugerah Pembangunan Negara, Kor Ming sumbang sebulan gaji

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hari ini mengumumkan sumbangan sebulan gajinya kepada tabung kebajikan kementerian itu.

Jelasnya, tindakan itu sebagai penghargaan khas kepada seluruh kakitangan KPKT.

“Pertama kali saya ingin ambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan khas kepada seluruh kakitangan KPT yang telah membantu kementerian menjadi pemenang Anugerah Pembangunan Negara iaitu memenangi tempat pertama sebagai kementerian berprestasi tinggi tahun ini.

“Sebagai tanda penghargaan, saya mengumumkan akan menyumbang satu bulan gaji menteri kepada kakitangan KPKT sebagai tabung kebajikan untuk warga kementerian,” katanya ketika perbahasan Belanjawan Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga merakamkan penghargaan khas kepada Kementerian Kewangan atas peruntukan RM5.934 bilion di bawah Belanjawan 2025 kepada KPKT.

Ia merangkumi RM1.971 bilion perbelanjaan mengurus dan RM3.962 bilion perbelanjaan pembangunan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini