comscore
Tumpuan :
Nasional

KPKT basmi 9,640 lokasi sampah haram setakat Mei lalu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membasmi sebanyak 9,640 lokasi sampah haram di tujuh negeri, melibatkan 8,502 operasi penguatkuasaan sampah haram, dari 2014 hingga Mei lepas.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, hasil operasi dilaksanakan, sebanyak 183 kes pendakwaan sampah haram telah disabitkan dengan jumlah denda sebanyak RM2,371,500.

“Dari perspektif tahap kesedaran dan amalan pengasingan sisa pepejal dan 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula) dalam kalangan rakyat pula, perkara ini perlu sentiasa diperkasakan.

“Berdasarkan kajian komposisi sisa yang dilaksanakan pada tahun 2023, rakyat Malaysia menjana sebanyak 39,054 tan sisa domestik setiap hari,” katanya menjawab pertanyaan Senator Manolan Mohamad dalam sidang Dewan Negara. yang ingin tahu sejauh mana pihak kementerian memperkasa penguatkuasaan dan memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan pembuangan sampah yang tidak terkawal di merata tempat.

Datuk Aiman Athirah berkata, KPKT menerusi SWCorp telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuhkan penguatkuasaan serta meningkatkan kesedaran seperti serbuan dan intipan, pemantauan serta cerapan lokasi sampah haram selain melaksanakan program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA). – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini