Tumpuan :
Nasional

KPKM tepis dakwaan harga belian padi turun

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan sebarang keputusan atau arahan untuk menurunkan harga belian padi seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).

Dalam kenyataan pada Rabu, Pesawah mendakwa harga belian padi telah diturunkan kepada RM1,300 satu tan metrik, lebih rendah berbanding harga semasa antara RM1,500 hingga RM1,800.

Dakwaan itu turut menyatakan keputusan berkenaan dimuktamadkan dalam mesyuarat pengilang-pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras (IPB).

KPKM dalam kenyataan kelmarin menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak tepat dan mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pesawah.

Kenyataan KPKM turut mengulangi komitmen kementerian untuk memastikan harga padi kekal stabil demi melindungi kepentingan pesawah dan sektor pertanian negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini