comscore
Tumpuan :
Nasional

KPKM teliti cadangan wujudkan badan berkanun berkaitan durian

Oleh: Syafiqah Damanhuri & Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) teliti cadangan untuk mewujudkan sebuah badan berkanun bagi menyelaras hal berkaitan durian.

Ia diutarakan di Dewan Rakyat kepada Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu selepas melihat permintaan tinggi hasil tani itu di pasaran antarabangsa, terutamanya dari negara China.

“Sebab itu nak tubuhkan board atau tidak itu cadangan yang baik. Kita akan bincang peringkat kementerian termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan sebagainya.

“New York Times telah pun buat satu ramalan baharu bahawa durian merupakan tumbuhan ekonomi baru bagi Malaysia, dengan termeterainya perjanjian selepas kita tandatangan General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC) dengan KPKM baru-baru ini.” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Jelas Mohamad bermula dari tahun 2021 sehingga Jun lalu sebanyak 79,130 anak pokok durian musang king dan 18,707 anak pokok durian duri hitam telah dikeluarkan melalui pusat-pusat pertanian dengan harga pasaran antara RM35 hingga RM50 sepokok.

Kementeriannya turut mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) bagi memastikan pengeluaran bahan tanaman durian tulen dan berkualiti dengan menugaskan Pegawai Pemeriksa untuk memperakukan anak benih klon yang memenuhi standard ditetapkan.

Sehingga 2023, sebanyak 85 pengusaha dan pemilik nurseri durian telah berdaftar sebagai peserta di bawah skim itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini