comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPDN tidak menolak isu fleet card lambat dikeluarkan

 

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui berlaku kelewatan pengeluaran fleet card oleh syarikat minyak.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata bagaimanapun kementerian itu mengambil langkah untuk menangani isu berkenaan antaranya mengarahkan syarikat-syariakt minyak melaksanakan penggunaan kad tunai.

“Saya akui ada masalah dari segi kelewatan pengeluaran fleet card oleh syarikat-syarikat minyak.

“Kita meneruskan penglibatan dengan syarikat-syarikat minyak ini untuk memastikan lebih cepat dikeluarkan selain daripada bayaran balik yang juga disebut.

“Kementerian Kewangan juga mempermudahkan prosesnya, kita juga meminta supaya syariakat minyak sekarang melaksanakan penggunaan cash card sementara menunggu fleet card itu dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, KPDN ambil maklum kekhuatiran Ahli Parlimen itu dan sedikit kerumitan yang dihadapi oleh pengguna disebabkan isu fleet card.

Dalam masa sama, jelasnya KPDN terus bekerjasama rapat dengan kelima-lima syarikat minyak terlibat untuk mempercepat pengeluaran fleet card.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini