comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN terima 43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah

Foto hiasan hidangan menu Rahmah

KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah diterima daripada pengusaha setakat ini, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Inisiatif itu melibatkan kerjasama enam pasar raya yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha terlibat membeli barangan keperluan perniagaan.

“Insya-Allah akan dilancarkan pada bulan hujung atau bulan awal bulan depan, Menu Rahmah dapat diteruskan tanpa bajet kerajaan, tapi kerjasama rakan strategik ada 6 pasar raya dan akan bertambah, kita harap kestabilan program ini,” ujarnya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Selangor,  Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengenai status terkini insentif itu.
​​​​​​​
Ujar Fuziah, sehingga kini, hampir 3,000 premis berdaftar menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini