comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN serbu 19 kedai runcit di Kampung Segambut

FOTO: KPDN

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 11 kompaun dalam serbuan ke atas 19 buah kedai runcit di Kampung Segambut Dalam di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, serbuan hasil aduan orang ramai yang tular di media sosial itu turut membuat sitaan dengan nilai keseluruhan RM3,300.

“Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada tanda harga, alat timbang yang tidak ditentusahkan, menjual barangan harga terkawal melebihi harga ditetapkan dan menjual gas petroleum cecair (LPG) secara runcit tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil semakan mendapati pemilik premis merupakan rakyat tempatan  berdasarkan lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Terdapat juga premis yang telah tamat tempoh diuruskan oleh warga asing dan kebanyakan pelanggan merupakan warga asing yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini