Tumpuan :
Nasional

KPDN perkenal semula zon khas di sempadan, pulau seluruh negara

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. – FOTO: NSTP

Oleh: Kadir Edison

KUCHING: Zon khas menjual barang kawalan tanpa subsidi di kawasan sempadan dan pulak di seluruh negara sedang dirancang untuk diperluas ke seluruh negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan kewujudan zon itu antara lain bagi membolehkan penduduk di kawasan sempadan termasuk dari negara jiran untuk mendapatkan barangan tanpa subsidi.

 

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri yang terlibat bagi mengenal pasti kawasan berdekatan sempadan negara yang boleh dijadikan lokasi zon khas terbabit.

“Penentuan lokasi bagi zon khas yang akan digunakan untuk menjual barangan kawalan tanpa subsidi ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kita juga cadangkan untuk menggunakan kedai sedia ada di kawasan terlibat sebagai tempat untuk menjual barangan kawalan tanpa subsidi itu di kawasan tersebut,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Penguatkuasaan Menangani Isu Ketirisan  Barangan Kawalan di Sabah, Sarawak dan
Labuan.

Bagaimapun menurut Armizan, aspek kawalan bekalan perlu diperkasa termasuk pelaksanaan program penagihan barangan secara bersasar dan berdasarkan data isi rumah penduduk di kawasan terlibat.

“Kalau sebelum ini di tempat jualan ini sesiapa sahaja boleh datang, barang ada dia boleh belinya dan kadang-kadang seorang itu boleh membeli dalam jumlah yang dalam sehari itu dia boleh melakukanya banyak kali.

“Namun dengan adanya (data) kita bersandarkan isi rumah ini, maka kita akan mebuat pemantauan menerusi kad isi rumah seperti yang kita rintis di Pulau Sebatik ini dimana, setiap isi rumah akan ada satu kad pembelian. Maka dengan ini kita boleh lihat data pembelian isi rumah berkenaan,” katanya.

Armizan turut berkata, KPDN akan memperkasa kerjasama rentas agensi termasuk memperkemas mekanisma penguatkuasaaan di pintu sempadan.

Ia merangkumi arahan penurunan kuasa penguatkuasaan KPDN  kepada agensi -agensi yang beroperasi di pintu masuk sempadan dan kawasan perairan negara.

Langkah itu, tegasnya, bagi membolehkan isu-isu ketirisan bekalan barangan kawalan di kawasan-kawasan terbabit dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan.

Jelasnya, menerusi kaedah itu, KPDN tidak lagi perlu menunggu proses penyerahaan kes sebaliknya tindakan boleh diambil oleh pegawai agensi terlibat yang melakukan tangkapan atau penguatkuasan di kawasan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini