Tumpuan :
Nasional

KPDN perhebatkan operasi ‘haram’ minyak diesel

Foto Ihsan KPDN

PORT DICKSON: Penguatkuasa Kementerian Perdagan Dalam Negeri (KPDN) sentiasa memantau aktiviti sendiket jualan barang kawalan seperti minyak diesel bersubsidi yang dipercayai berleluasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, sejumlah 37,570 liter barang kawalan berjadual yang disyaki diesel bersubsidi berjaya diselamatkan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh sepasukan Penguat Kuasa KPDN di premis terbuka di Kampung Sungai Nipah, semalam.

“Turut disita dalam serbuan tersebut, dua buah lori tanki yang menjadikan anggaran nilai rampasan berjumlah RM114,775.50.

“Serbuan OPS TIRIS yang membabitkan seramai sembilan anggota adalah hasil risikan selama dua minggu oleh pasukan risikan serta turut mengambil kira maklumat daripada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Foto Ihsan KPDN

Katanya, tindakan serbuan ke atas aktiviti berkenaan dibuat bermula jam 11.30 pagi kelmarin (Rabu) dan selesai sepenuhnya petang semalam.

Menurut beliau, satu kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan.

KPDN Negeri Sembilan ingin memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual agar mematuhi perundanganyang berkuatkuasa.

Foto Ihsan KPDN

“Setiap individu atau mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual perlu mematuhi perundanganyang ditetapkan pihak berkuasa.

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Loading...
Terkini