comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN lanjut Ops Manis 2.0  hingga 31 Julai

Oleh: Fahiz Ariff

PUTRAJAYA: Bagi memastikan aktiviti menyorok gula tidak berlaku lagi, Ops Manis 2.0 seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN, diteruskan sehingga 31 Julai ini.

Ketua Pengarah Penguatkuasa, (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, setakat Ops Manis dan Ops Manis 2 .0 yang bermula 3 Mei sehingga 30 Jun lalu, sejumlah 6,276 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara.

Menurut beliau, sebanyak 20 kesalahan daripada 109 aduan diterima pihaknya, iaitu mengenakan syarat penjualan yang tidak sah, menjual melebihi harga kawalan dan membungkus tanpa kebenaran pengawal bekalan.

Bukan itu sahaja, kesalahan seperti memberi gambaran mengelirukan mengenai harga jualan gula turut dilaporkan.

“Kementerian telah mengambil keputusan untuk menyambung Ops Manis 2.0 yang sepatutnya berakhir 30 jun lalu, namun, disambung lagi pada Julai ini”

“Sehubungan itu, KPDN sentiasa komited dan akan meneruskan pemantauan rapi ke atas keberadaan bekalan barang-barang kawalan terutamanya gula” katanya pada  sidang media KPDN di sini, hari ini.

Dalam pada perkembangan lain, KPDN turut  melaksanakan Ops Tiris bagi mengekang ketirisan dalam pelaksanaan subsidi diesel yang dianggarkan berjumlah hampir RM10 billion tahun lalu.

Menurut Datuk Azman, merujuk statistik penguatkuasaan bermula 1 Mac sehingga 5 Julai lalu, sebanyak 7,625 pemeriksaan dijalankan di seluruh negara.

Sekaligus, merekodkan 68 aduan diterima berhubung isu berkaitan.

“Sejak 1 Mac, sebanyak 309 kes direkod KPDN yang melibatkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM20 juta”, katanya.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh sama, dilaporkan sejumlah 3.36 juta liter telah dirampas membabitkan 282 tangkapan.

Tangkapan itu membabitkan 62 individu warga asing dan 220 individu lagi merupakan warga tempatan dan pemastautin tetap.

Loading...
Terkini