comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN Kuala Pilah rampas telefon dan aksesori disyaki tiruan

FOTO: Ihsan KPDN

KUALA PILAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas pelbagai model telefon dan aksesori disyaki tiruan dalam satu serbuan disebuah premis di Bahau pada Selasa lalu.

Serbuan pada jam 3.20 petang oleh KPDN Kuala Pilah dipremis menjual dan membaiki telefon itu dijalankan selepas menerima aduan daripada pemilik cap dagang.

Ketua cawangan KPDN Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Salamat berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya menyita 370 unit telefon bimbit pelbagai model dan sejumlah aksesori.

Katanya sitaan termasuk kotak telefon yang dilengkapi aksesori pelbagai jenama yang ditemui di dalam premis berkenaan yang membabitkan nilai rampasan berjumlah RM136,186.

“Kes di siasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Jika sabit kesalahan, bagi syarikat pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakai.

“Bagi bukan syarikat pertubuhan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakai atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini