Tumpuan :
Nasional

KPDN cawangan Kajang tidak patuh SOP kendali siasatan – EAIC

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Kajang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam pengendalian siasatannya.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib KPDN.

“Siasatan mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap SOP Garis Panduan Pengendalian Aduan Cap Dagang Palsu oleh KPDN Cawangan Kajang dalam mengendalikan aduan pengadu sehingga menyebabkan aduan tersebut tidak disiasat dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Menurut EAIC, pihaknya telah menerima aduan berhubung ketidakpatuhan KPDN Cawangan Kajang terhadap SOP ketika menjalankan siasatan terhadap aduan pengadu berhubung penjualan minyak pelincir tiruan jenis Mannol.

Ujarnya, siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Loading...
Terkini