Oleh Rohaniza Mat Isa
PUTRAJAYA: Susulan isu tular dibangkitkan Cikgu Fadli atau Mohd Fadli Mohamed Salleh, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali tampil memberi maklum balas mengenai isu berkaitan.
“Untuk maklumat surat yang dihantar kepada cikgu tersebut bukanlah suatu surat yang membawa maksud bahawa hukuman telah dijatuhkan oleh lembaga tataterib.
“Sebaliknya surat itu memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang diterima oleh pihak berkuasa tatatertib serta keperluan untuk Cikgu Fadli mengemukakan representasi ataupun penjelasan bertulis.” kata Datuk Pkharuddin menerusi kenyatan video yang dimuat naik di Facebook KPM
Tambah beliau pihak lembaga tatatertib telahpun menerima surat representasi daripada Cikgu Fadli pada 14 Oktober dan lembaga tatatertib dijadualkan bersidang pada Isnin esok.
“Prosedur tatatertib ini dibuat di bawah penjawat awam dan diguna pakai semua penjawat awam termasuk diri saya sendiri dapat memberi penjelasan kepada semua.” katanya lagi
Beliau menambah KPM sentiasa komited melakukan yang terbaik.
Semalam Cikgu Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan isu membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Ekoran itu warganet tertumpu kepada kes Cikgu Fadli yang juga guru Matematik Sekolah Kebangsaan 1 Gombak, selepas beliau berkongsi dua surat tindakan tatatertib di laman facebooknya.