comscore
Tumpuan :
Nasional

Kotak perakam suara kokpit pesawat ditemui 

SHAH ALAM: Semua 10 mayat mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Elmina, di sini, petang tadi, sudah ditemui bersama lima cebisan anggota tubuh badan.

Selain itu, polis turut menemui kotak perakam suara kokpit CVR iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, CVR itu kemudian dibawa BSKU ke makmal untuk tindakan lanjut.

“CVR adalah adalah sebahagian daripada komponen kotak hitam dan ia ditemui pada jam 10.20 malam, manakala satu lagi komponen iaitu perakam data penerbangan (FDR) belum ditemui.

Beliau berkata pada masa ini operasi mencari semua mayat selesai dijalankan, namun akan bersambung sekiranya masih ada anggota tubuh badan atau cebisan mayat yang hilang.

“Semua 10 mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat.

Beliau berkata, proses bedah siasat dijangka selesai tengah hari esok.

“Tumpuan pencarian selepas ini adalah mengesan Perakam Data Penerbangan,” katanya pada sidang media terakhir di lokasi kejadian malam tadi.

Loading...
Terkini