comscore
Tumpuan :
Nasional

Korban dunia automotif demi ‘si bulus’

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Demi si bulus, apa jua sanggup dikorbankan.

Itu gambaran tepat bagi Wendy Chak yang dahulunya bergelar usahawan automotif namun sanggup meninggalkan dunia berkenaan demi kucing tercinta.

Tidak hanya memelihara, dia turut mewujudkan platform bagi menyediakan rumah baru buat haiwan jalanan.

Wendy Chak, Aktivis Haiwan

Mula timbul rasa sayang sejak memelihara kucing jalanan pada tahun 2020, wanita berusia 64 tahun ini mula berjinak-jinak menyediakan platform bagi kucing-kucing yang tidak bernasib baik untuk mendapatkan keluarga baharu.

Ujarnya usaha itu dijalankan sebagai langkah memupuk keprihatinan masyarakat agar memelihara kucing jalanan daripada terbiar.

“Kita punya platform untuk penyelamat individu.

“Sebagai contoh jika penyelamat jaga lima ekor kucing, mereka harus jaga sebaiknya dan mengeluarkan kos sendiri termasuk mencucuk vaksin dan mandulkan.

“Platform kami ini ibarat ‘orang tengah’ untuk menyatukan kucing bersama keluarga angkat baharu,” katanya semasa ditemui di Ekspo Kucing, pagi tadi.

Menurut Wendy, keluarga angkat yang berminat memelihara ‘si bulus’ perlu melalui beberapa saringan temuduga bagi memastikan tiada kes penganiayaan berlaku terhadap haiwan ini.

Keluarga angkat juga diminta membuka akaun media sosial khas bagi memudahkan Wendy melakukan pemeriksaan susulan bagi kucing-kucing berkenaan.

Kini lebih dua ribu ekor kucing berjaya mendapat keluarga angkat hasil daripada inisiatif itu.

Justeru, lebih ramai pencinta haiwan diharap dapat mengamalkan konsep mengambil kucing angkat agar haiwan berkenaan berpeluang mempunyai penjaga dan rumah untuk berlindung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini