comscore
Tumpuan :
Nasional

Koop Sahabat lancar 230 unit rumah mampu milik di Selangor

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) melancarkan 230 unit kediaman mampu milik dengan harga jualan bermula RM275, 000.

Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Haji Mohd Noor berkata, Projek Rumah Selangorku Shorea Garden itu adalah usaha sama antara Koop Sahabat dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS).

“Projek pembangunan berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah seluas 10 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar bernilai RM63.8 juta dengan kemudahan asas seperti 2 unit tempat letak kenderaan, pusat komuniti, serta pondok kawalan keselamatan,” jelas beliau melalui satu kenyataan.

Projek Rumah Selangorku Shorea Garden dilancarkan sempena Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan (HKNWP’24) oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Putrajaya.

Penganjuran HKNWP’24 tahun ini mensasarkan pembangunan hartanah bagi Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik menerusi New Strategic Initiatives (NSI) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan (SKMWP).

Program terbabit adalah inisiatif SKMWP bersama Koop Sahabat bagi memberi galakan kepada koperasi untuk menceburi bidang Pembangunan Hartanah yang menarik untuk diterokai.

Dalam Prgram yang sama, Koop Sahabat turut mengumumkan Projek Integrasi Residensi Prihatin dan Residensi Prihatin, di Putrajaya yang diberi nama Residensi Serunai serta Rumah SelangorKu Jenis Trio di Bukit Bandaraya Shah Alam.

Mohd Najib turut menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan Koop Sahabat sebagai koperasi ke-2 terbaik di Wilayah Persekutuan Oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan.

Pengiktirafan terbabit adalah tahun yang ke enam, Koop Sahabat berada dalam kedudukan 10 Koperasi terbaik di Malaysia.

Terdahulu Koop Sahabat turut mengumumkan pengagihan kadar dividen pada tahun kewangan 2023 sebanyak 10 peratus kepada anggotanya.

Ia berhasrat untuk mengekalkan kecemerlangan prestasi perniagaannya bagi memberi pulangan dividen pada kadar yang terbaik pada masa hadapan dan seterusnya memberi manfaat kepada lebih 450,000 orang anggota.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini