comscore
Tumpuan :
Hiburan

Konvoi Wings tanda solidariti terhadap Palestin

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock Wings akan mengadakan konvoi solidariti Palestin bulan depan.

Vokalisnya, Datuk Awie berkata, acara yang dikenali sebagai Solidariti Wings Motogang Society itu bakal membabitkan lebih 300 motosikal daripada komuniti Wings.

Kumpulan itu juga katanya mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pemilik motosikal berkuasa besar.

“Bagi menunjukkan solidariti, Wings akan menganjurkan satu konvoi ke sebuah negeri antara 13 hingga 15 November depan,” katanya yang ditemui selepas sidang media Konsert Wings: The Rock Emperor, hari ini.

Acara itu bakal diadakan di satu lokasi yang akan diumumkan kelak.

Kata Awie, aktiviti itu bukanlah mensasarkan untuk meraih kutipan derma, sebaliknya lebih kepada tanda sokongan dan solidariti kepada Palestin.

“Kami tidak fokus pada sumbangan. Apa yang penting, kami nak tunjukkan solidariti dan ini bukan soal duit semata-mata.

“Sebaliknya, kami mahu beramai-ramai melaungkan sokongan pada Palestin, itu lebih afdal dari segala-galanya.

“Lebih ramai lagi baik kerana kami juga akan adakan solat hajat di sebuah masjid,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini