comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Konvoi solidariti untuk Gaza

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Serangan rejim Zionis ke atas Gaza masih belum melihatkan tanda-tanda ia akan dihentikan.

Yang pasti keprihatinan masyarakat dunia terhadap penderitaan penduduk Gaza tidak pernah padam.

Siang tadi, lebih 50 pemilik motosikal jenis Cafe Racer turun padang berkonvoi sebagai tanda solidariti untuk mereka.

Program ‘Seru For Gaza’ diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai situasi tegang di Palestin.

Ia juga tanda sokongan berterusan kepada saudara islam di sana.

Konvoi tersebut bermula dari Jalan Raja Abdullah kemudian bergerak ke sekitar ibu negara.

Di sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam ini peserta konvoi turut mengibarkan bendera Palestin.

“7 Oktober genap setahun Gaza diserang. Jadi kami sebagai komuniti yang sangat rapat ini rasa, kena buat sesuatu bagi memupuk kesedaran itu semula di Kuala Lumpur ini.

Konvoi ini bukan sahaja sebagai tanda protes terhadap kekejaman melampau zionis yang membunuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas, tetapi ia adalah satu bentuk sokongan paling mudah untuk mengekspresikan kemarahan dan kebencian rakyat malaysia terhadap kezaliman tentera pengganas Israel.

“Sedih dan simpati tengok nasib mereka dekat sana, jadi saya pun ambil keputusan untuk sertai konvoi ini hari ini.
“Kita sokonglah mana yang mampu. Kalau tak mampu menggunakan duit, ini salah satu caranya,” kata Syafiqah Nabihah Shamzuri

Malah, ada peserta yang mahu rakyat Malaysia terus memberi sokongan dan sentiasa mengingati kesusahan saudara di sana.

“Kita tahu macam mana keadaan mereka dekat sana, makin hari kita lihat makin teruk. Jadi usaha ini diharapkan dapat buat orang ramai tak lupa pada kesengsaraan mereka.” kata Kamarul Azhar Azman.

“Banyak isu di Malaysia ini yang hanya trending sahaja. Sekejap dia panas, selepas itu dia hilang. Jadi saya sebagai saudara sesama Islam, saya harap sokongan ini dapat berterusan, bukan dari pihak kami sahaja, tapi semua pihak,” kata Raffael Lee Abdullah

Hasil jualan sempena program ‘Seru For Gaza’ ini akan disalurkan kepada tabung kemanusiaan palestin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini