comscore
Tumpuan :
Nasional

Kontrak kerajaan-Spanco masih berjalan – MoF

Spanco Sdn Bhd sedang disiasat SPRM atas sebab ia diberikan tugas menguruskan kenderaan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Kontrak Kerajaan dengan Spanco Sdn Bhd, syarikat mengendalikan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan masih berjalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan sentiasa memastikan kontrak perolehan Spanco bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan ‘fleet’ kenderaan kerajaan dilaksanakan mengikut keperluan, mematuhi tatacara perolehan dan melaksanakan semua ‘due diligence’ sepatutnya.” katanya yang juga Menteri Kewangan.

“Buat masa ini, kontrak masih berjalan berdasarkan ketetapan yang dimeterai antara kerajaan dengan Spanco,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 12 Mac terhadap soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada kontrak dengan Spanco merugikan negara dan jika perlu, ia ditamatkan.

Syarikat itu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pendedahan Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

Vincent sebelum ini, mendakwa terdapat ketidakpatuhan dalam proses tender kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi perjanjian itu, Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan 100 kepentingan dalam anak syarikat milik penuhnya, Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro) kepada Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza) untuk pertimbangan tunai RM700 juta.

Spanco menyelenggara kenderaan kerajaan sejak 1994 sehingga konsesinya berakhir pada akhir 2018.

Kerajaan ketika itu membuat tender secara terbuka dengan meminta pihak yang berminat untuk mengemukakan permohonan cadangan (RFP) mengenai konsesi berkenaan.

Selain Spanco serta JV antara Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza, syarikat lain yang menyertai bidaan itu ialah DRB-Hicom Bhd dan Samling Group.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kontrak perolehan Spanco hanya merugikan negara dan beliau tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini